Monday, April 6, 2009

Renungi sajak ini??? hayati dan selaminya????

Rumpun Melayu-Kini


Rumpun kau tahu,
Kita dibelenggu kemiskinan ilmu,
Dijejaki boneka serong,
Pemikiran mereka dahsyat,
Lebihan jenaka lorong dosa,
Yang kini menjadi perkara biasa,
Tak hirau balasan nestapa.

Kita sering dengar kecergasan sivil,
Tidak mengerti kemantapan radikal sosial,
Sempit dan sesat ditambah pula dengan gerudi syaitan goda,
Yang mendukakan imej kau wahai rumpun melayu.

Kini aku fikir penyatuan,
Yang digemparkan wazir kita,
Tidak lengkap jika hanya sekelumit sutra,
Melawani desir ancaman kuasa besar,
Yang mana boleh digerombolkan sedikit demi sedikit,
Sehingga membatasi serakan teriak kata-kata semangat,
Disemai dan disemat di sanubari jiwa.

Kini aku juga fikir kau rumpun,
Perlembagaan dan peganganmu mesti dikukuh,
Kental; padat serta tidak rapuh ditelan zaman,
Supaya menjadi satu resam bangsa berjaya,
Pertahankan linguistik cakapan kita,
Kerana ketika dulu pernah menjadi lingua franca,
Sejak zaman Hang Tuah; Tun Perak; Tun Tahir,
Tetapi lenyap dan longlai akibat arus jajahan
Melanda di seantero pentas tanah melayu tika itu.



HASIL NUKILAN NOR AZRIN SHAH BIN RAMLI
5.06a.m
10/6/06
SMK RAJA CHULAN(idea dan ilham daripada saya sendiri)





Tahukah Wahai Sahabat?


Tahukah wahai sahabat?
Dunia kini diambang globalisasi,
Metodosnya pemikiran kita masih menyepi,
Perlu berjuang mencapai visi,
Diselitkan dengan ragam misi,
Yang selama ini dijauhi diri kita sendiri.

Pemimpin kita bercermin mutu,
Kerana semangatnya dan perjuangannya yang jitu,
Tidak kira Isnin; Selasa ataupun Rabu,
Memasang lukah di jendela pintu,
Melabuh sauh di gapura padu,
Sampaikan negara disanjung; disegani restu.

Wacana minda kita,
Mahukan kemajuan bersama,
Kita haruspasti berpadu tenaga,
Bina kuatan aliran ikatan nama,
Hingga ke titisan akhir masa.

Kita perlu gunakan peluang yang ada,
Realisasikan wawasan negara,
Yang digembar-gemburkan wazir kita,
Jangan kita lalai dan leka,
Dalam mempertahankan daulat bangsa.

Cerapan fikiran Barat,
Yang ingin monopoli sayap dunia sarat,
Kerana mereka imperialisme yang hebat,
Sejarah membuktikan dengan ligat,
Tentang mereka dahulu cepat dan tepat,
Tetapi perlu tahu mereka sebenarnya tidak begitu hebat,
Kerana hanya Yang Maha Esa lebih berkuasa,
Dan akhirnya mereka ditebat-Nya.

HASIL NUKILAN NOR AZRIN SHAH BIN RAMLI
12.20a.m
24/5/06
SMKRC(idea dan ilham sendiri)

No comments:

Post a Comment