Monday, April 6, 2009

Hak Asasi Manusia???>(budaya orang kita)

Berapa ramaikah manusia di dalam dunia ini tahu tentang hak mereka??? Adakah mereka sedar dengan setiap haknya di muka bumi ini??? secara umumnya hak manusia terbahagi kepada beberapa tahap. Menurut laman web wikipedia, Hak Asasi Manusia:-

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
kebebasan daripada ketakutan
kebebasan daripada kemahuan
kebebasan bersuara
kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Secara literalnya, hak asasi manusia ini berkaitan dengan kemanusiaan yang merujuk kepada semua hak yang dimiliki manusia. Sebagai contoh, hak menerima tanah, hak mendapat kebebasan bersuara, hak memberi bimbingan dan sebagainya. Menurut Wikipedia lagi, konsep kemanusiaan ialah
Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.
Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya,dalam perlembagaan malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan[1]. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.
Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.
Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.

Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berfikiran matang dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita mempunyai sikap seperti "tidak endah", "biarlah", "entahlah" dan sebagainya. kita perlu mempertahankan hak masing-masing. Walaupun kalau ikutkan sejarah dahulu mengatakan kita sangat pegang teguh kepada adat dan budaya melayu terutamanya, persoalannya mengapa kita tinggal dan buang adat dan budaya begitu sahaja sehingga terpengaruh dengan budaya lain(budaya barat), mengagong2kan budaya mereka, menjadi ikutan dan menjadi seperti budaya dan kehidupan kita seharian. Oleh sebab kita sering membawa masuk teknologi luar dan juga beberapa medium media terutamanya media massa, kita perlu sedar bahawa kita ini sering terikat dengan mainstream kita sendiri.

Ke manakah orang melayu kita yang ingin menjaga warisan budaya tradisional kita. Mengapa kita perlu terikut dengan hiburan yang terpengaruh daripada budaya barat seperti akademi fantasia, permainan bola sepak(lihat EPL di Astro, Bundesliga dll) dan sebagainya sehingga membazirkan masa yang sepatutnya diisi dengan masa aktiviti yang lebih berfaedah. Mengapa kita tak mempertahankan Mak Yong(teater tradisi melayu yang diangkat oleh dunia sebagai warisan dunia melalui Unesco)? Kenapa begini? Hal ini kita perlu salahkan orang melayu kita sendiri. Secara sedar atau tidak zaman sekarang orang kita lebih suka hendak jadi penyanyi akibat terpengaruh dengan rancangan realiti di TV. Mengapa kita sering tengok EPL sampai pagi tetapi prestasi bola sepak kita masih di tahap yang rendah? Adakah orang kita sendiri yang lebih meminati bola sepak di luar negara? Kita menjadi fanatik terhadap bola sepak di Astro. Secara langsung pada fikiran saya tak lama lagi hal ini akan menjadi budaya orang kita. Tak salah untuk menonton EPL sebenarnya tetapi lebih elok kalau kita cari dan perhati balik budaya apa yang sepatutnya orang kita buat dan boleh jadi contoh kepada masyarakat lain... Setiap orang ada hak untuk memikirkan jalan terbaik........ banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan.....bersambung......

No comments:

Post a Comment