Monday, March 26, 2012

Teater sebagai satu bentuk terapeutik dan motivasi dalam perkembangan sosiologi kanak-kanak di rumah perlindungan. Satu kajian kes di Pulau Pinang.

Perkembangan teater di tanahair lebih menerapkan unsur pementasan atau seni pentas semata-mata. Dengan adanya kajian yang meluas tentang terma atau maksud teater itu sendiri membuatkan kita akan sedar bahawa ia bukan pementasan drama atau seni teater seperti yang tertulis dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(muka surat 1620). Sehubungan itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin buktikan bahawa teater adalah salah satu bentuk terapeutik (proses memulihkan sosioemosi, fizikal dan mental seseorang) dan motivasi bagi kanak-kanak yang berada di rumah perlindungan. Perkembangan sosiologi adalah aspek penting dalam kehidupan mereka yang merupakn selingan daripada aplikasi teater. Aplikasi teater yang akan digunakan juga boleh membantuk perkembangan dari segi sahsiah diri, kognitif dan disiplin diri bagi kanak-kanak tersebut.

Seterusnya, aplikasi yang akan digunakan berasaskan aktiviti dan bengkel teater yang merupakan salah satu cara yang jarang dilakukan untuk kanak-kanak di rumah perlindungan. Pengkaji Psikologi seperti Sigmund Freud, Jung dan lain-lain juga mengakui bahawa teater juga untuk penting dalam merawat jiwa seseorang. Aplikasi teater dapat membantu dalam menguatkan lagi perkembangan sosiologi kanak-kanak seperti yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Sue Jennings, Augustus Boal, Margot Sunderland dan sebagainya. Walaupun kaedah dan cara yang dilakukan oleh mereka seperti Penglipur lara (Story-telling), ‘Image theatre’, ‘Creative movement’ dan lain-lain adalah di kelompok ‘payung’ yang sama. Kebanyakan tokoh-tokoh ini akan mengatakan teater adalah aplikasi yang paling berkesan dalam proses terapeutik bagi membantu individu-individu yang mempunyai masalah sosioemosi, fizikal, rohani dan lain-lain. Dengan adanya kajian ini pengkaji akan dapat memberikan harapan tinggi dalam menyelesaikan masalah sosioemosi kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan perkembangan sosiologi mereka. Teori yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk ‘Grounded Theory’.

Tujuan utama dalam akhir kajian ini adalah ingin menjadi modul utama yang diterima pakai di rumah perlindungan lain. Selain itu, ingin membuktikan teater mempunyai aplikasi yang penuh variasi dan elemen yang dapat membantu mereka.

Terapi – rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan.

Terapeutik – 1. Bukan rawatan penyakit (not a medicine).

2. Cabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit (healing).